20 October 2013

One step forward...Engagement


Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya memperkenankan majlis pertunangan julie & Encik Tunang @ Mr Emmette. Sekarang julie dah bertukar status dari "Single" kepada "Engaged". Rase mcm baru je majlis pertunangan berlangsung.. Perasaan? Berdebar, syukur, segan, malu dan nervous.

Majlis diadakan pada 13 Oktober 2014 yang lepas. Seminggu yang lepas. Julie buat kecil-kecilan. Hanya jemput sedara mara terdekat & jiran terdekat je. Janji Keluarga terdekat diberitau. Semuanya serba ringkas. Tak de khemah-khemah bagai. sekadar wat kat dalam rumah kecil kami sahaja. 

Cincin tunang (yang tak seberapa ni) pilihan julie.. Manis & simple je

Sedikit review gambo-gambo yang di snap oleh 2 org anak data @ cousin julie.

Future Mom in Law
Encik tunang (Licin kepala abang ni ye...)
Encik tunang bersama bakal keluar mertua (angah tak balik sbb xdpt cuti)
yg comel lotey di mak andam julie.. Cantik solekan die..


Jadi tu saje lah review serba sikit majlis julis yang serba simple sahaja.. kalau rajin nanti julie tulis pjg berlebar ye. Sekarang ni julie dah bersarah manis (selamani tawoo ke??)

ok bye :)


31 July 2013

Persiapan perkahwinan : Custom Made Rubber Stamp

Assalamualaikum

Rini julie nak share sikit pasal rubber stamp. Plan buat rubber stamp ni sebab nak DIY doorgift untuk resepsi nanti. Lagipun jimatkan kalau DIY sendiri doorgift.

Banyak juga yang julie survey pasal rubber stamp ni. ada yang murah dan ada yang mahal. tapi design kena standby sendiri. then terjumpa la satu blog ni memang dia custom made memacam jenis rubber stamp. lelawoo plak tu. Contoh macam kat bawah ni.





Cantikkan?? so sesiapa yang nak order leh klik disini .


Euphoria Craftwork 

Bawah ni draft untuk rubber stamp julie.




26 May 2013

25th Birthday Surprise

Assalamualaikum..

Arini nak throwback pasal celebrate birthday julie yang lepas.. Dah sebulan lebih dah pun.. Menggatal jari ni baru rini nak share...6 April 2013 maka genaplah umur julie 25 tahun... young & steady (uwekkkk nak muntah ye dok).. Tahun ni berbeza mcm tahun2 lepas sbb Encik E adalah org yang terakhir wish birthday kat julie.. (sengaja sebenarnye)..mase tu, mmg menanti die wish birthday julie tp hampehh even masa kua dating pon die snyap je.

Tapi pada hari kejadian (6 Aprill 2013) tu Encik E memang ada ajak julie keluar, biasalah sebab ari sabtu kami tak bekerja. Then Encik E ajak ke Setia City Mall. Sampai sana julie ckp dekat die yang julie lapar tapi dia kata kita jalan2 la dulu. Pastu, masa jalan2 tu memang tak banyak bercakap antara we'ols sbb marahkan (tapi dalam hati rindu sebenarnya).. 

Then sampai kat depan butik Guess dia ajak julie masuk. Hati terdetik "nape plak encik abg kt ni ajak masuk kedai ni tetiba plak".. Pastu yang memelikkan keadaan adalah pekerja kat Guess tu seolah2 kenal Encik E ni. siap senyum2. Hati ni dah mule menyiraplah. 

Terkeluar kat mulut ni tanya, "kita buat apa kat sini? nak cari apa ni?"

Encik E menjawab, "Nak cari jam tangan. Yg mana lawoo ek?" die terus ke tempat jam2 yang cecantik tu.

Julie tanya lagi, "Nak beli utk sape ni sebenarnya?"..

Pastu dengan senyum lelebor die tu jawab, "utk syg la.. cer pilih nak mane.. harga unlimited. pilih je tau. jgn kisah pasal harga ye"

Perasaan masa tu? berdebor, suka, sayu, & excited la sbb ade org nak belanja jam.. dah lama julie pakai jam Fossil yg sedia ada ni since 2011 & surprisingly, bateri dia tahan lama sampai skrg x pnh tukar lagi bateri nya. syg sgt Fossil ni.

Jadi ape lagi, berkenan kat hati ni pada satu jam tu, bile cuba pakai, masyaAllah cantik nye... tp rege nya 6++.. mahalnya la.. kesian plak kat Encik E.. then try plak lagi satu yg lebih murah & terletak cantik kat tangan. Jeng jeng jeng..
.
.
.
.
.

Grab terus & Encik E pon setlekan payment

Pastu Encik E tanya, "suka tak?". 

"Wajiblah suka... Terima kasih sgt2 ye..wat susah2 je.."

Buat pengetahuan, sehari sebelum tu dia dah pegi dah kat kedai tu utk beli. patotlah minah kat kedai tu senyum2 dekat die. rupanya minah tu suruh bwk gf datang pilih sendiri.

Then disebabkan lapo bebenor, Encik E ajak makan di Seoul Garden. Special beanja utk julie...
so, review sikit la ye picture dibawah..

berpinggan2 ye.. muka bahagia dapat makan

request dari Encik E utk snap gambo

Berselpi la kami

Terus pakai ye.. harap maklum

Untuk makluman, keesokkan harinya plak kami keluar lunch sesama tapi kat mamak je...then pastu Encik E ajak pi makan aiskrim.. BerBaskin Robbin plak kt.sesampai kat situ, si julie yg tak menyabo ni terus pi pilih aiskrim mana tapi yang peliknya Encik E ni duk berdiri kat kaunter pembayaran sambil senyum semacam. 

Then pekerja kat situ pon dtg bwk sebungkus kek dalam box dan hulur kat julie. Pehal plak ni kan??? Rupe2nye tu memang utk julie. Encik E dah singgah beli tadi. just dtg balik nak bwk julie. Second surprise utk 7 April 2013 plak ye... 

Dengan muka excited ni terus duduk kat meja kat situ then buka box. what a lovely cake.
.
.
.
.
.
.


semalam takde cake. rini plak dapat cake ye...


Lagi satu surprise adalah...
.
.
.
.
.
.
.
.


tu sejambak bunga ros... Encik E kata nak amik air dalam kereta jap. tup tup masuk balik kedai ni dia bawak sejambak bunga plak.. adoiyai la... byk nye surprise utk birthday kalini. THanks Allah. Thanks Encik E.

Ok last picture ye.. byk plak celoteh rini.
.
.
.
.
.
.
.
.



muka bangun tido lewat..


ok bye.

23 May 2013

Ber'blogging'

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak online & berblog ni. Sebenarnya busy sikit dengan kerja. Kerja lebih penting kan.. Kebiasaannya kalau julie busy memang jarang julie nak online. Blogging ni cuma sekadar mengisi masa lapang je atau menggatal jejari ni nak share sesuatu dengan korang semua.Cuma arini menggatal jari ni nak menaip karangan kat belog ni. hehehe.

Arini nak share sikit pasal kerja. Tarikh keramat 23 May 2013 maka genaplah arini 2 tahun bekerja disini . Syarikat tak sebesar Petronas, Shell, Panasonic atau lain-lain. Tapi tak pe la, ni lah rezeki pertama aku bekerja sebagai fresh graduate. Teringat masa submit application untuk post yg ditawarkan. Masa tu tgh struggle siapkan Plant Design Project then HR dari syarikat ni call untuk confirmkan date interview.

Once dah interview, menanti panggilan untuk memulakan kerja plak. Sehari selepas interview trus dapat panggilan bekerja. Maka julie decide untuk mula kerja pada 23 May 2011 (Isnin) sebagai Procee Engineer.

Review hari pertama di tempat kerja:

1) Ramai local staffs especially Malay. Bos Melayu. Rakan sedepartment pon melayu. Cuma Admin & Finance kebanyakannya Chinese. Bos besar Japanese.

2) Syarikat tak besar sgt tapi mesin panjang2. Operators mostly dari Myanmar & Indonesia.

3) Alocate di Production Department so obviously bising sikit la sbb mesin dekat. Tapi tak pe, takde tetido mase wat kje.

4) Suriana- Senior staff kat situ yang ajak keluar lunch sesama. :)

5) Maskhairiah- Senior staff adalah kenalan si Rashide. Peramah & dia yang encourage untuk relax masa interview ritu.

6) Syuhada- Wakil HR yang ajak jejalan dalam company untuk diperkenalkan pada staff lain.

Moga perjalan julie di sini diredhai olehNYA dan sentiasa bersabar menghadapi cabaran mendatang.

Cukuplah untuk arini ye (actually, mengular kat opis ni)...


Ok Bye...